Tuesday, October 20, 2009

mengapa manusia bermasalah???

Sudah lumrah hidup manusia itu tidak dapat lari dari masalah. Dimana sahaj kita pergi, apa sahaja yang kita lakukan, kita tetap menghadapi dugaan dan cabaran yang jika tidak ditangani dengan baik akan menjadikan ia sebagai masalah. Jika dilihat dari aspek sosialisasi, manusia sering bermasalah disebabkan tekanan yang diperolehi dari persekitaran. Persekitaran pula melibatkan persekitaran mikro, meso dan makro. Persekitaran yang paling kecil dan paling rapat dengan kita adalah keluarga. Keluarga adalah unit asas di dalam masyarakat. Keluarga adalah tenaga yang sentiasa bergetar melingkari masyarakat dan negara. Semakin kuat getaran, semakin bertenaga masyarakat dan negara. Kekuatan getaran akan pudar jika terdapat gangguan yang menghalang fungsi dan peranan getaran tersebut. Keluarga, diakui sangat penting dalam membentuk peribadi dan watak seorang manusia memberi kesegaran dan ruang untuknya melihat kehidupan.
Keluarga akan maju dengan pendidikan, keluarga akan musnah dengan kejahilan. Keluarga akan sejahtera dengan cukup perbelanjaan, keluarga akan porak-peranda dengan beban kemiskinan. Dengan ini ia adalah satu bentuk masalah yang melanda individu jika keperluan keluarga tidak dapat dipenuhi. Dengan masalah yang dihadapi akibat kekurangan pendidikan, kewangan, provokasi dari media dan persekitaran menyebabkan pelbagai masalah sosial terjadi. Masalah sosial boleh disumbatkan dalam satu bakul yang saiznya sangat fleksibel. Sebut sahaja apa masalahnya, semuanya boleh dibakulkan. Delikuensi remaja, penagihan dadah, jenayah, gengsterisme, ponteng sekolah, merokok, seks bebas, bohsia, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, buli, rogol, menghidu gam, sumbang mahram, lepak, bertumbuk, melanggar undang-undang jalan raya, malas dan leka dengan hiburan, senarai ini akan berterusan hingga entah sampai bila kesudahannya.
Kitaran masalah akan membiakkan masalah yang lebih besar dan sentiasa bergelora seperti ombak yang menghempas ke pantai tanpa pernah berhenti. Hanya satu cara yang dapat mengurang dan menghapuskan gangguan ombak yang boleh saja mengikis gigi pantai. Manusia, sama seperti pantai yang sentiasa resah, memerlukan penyelesaian yang meyakinkan. Pengamatan secara terperinci memperlihatkan trend penyelesaian masalah sosial di Malaysia lebih banyak digerakkan oleh kuasa politik dan ideologi. Pertembungan keduanya sentiasa menjadi perdebatan bagi menentukan hala tuju isu

0 social worker (s):