Wednesday, October 21, 2009

ISU DAN CABARAN KERJA SOSIAL MASA KINI


Kerja sosial telah muncul sebagai salah satu profesion yang penting dalam dunia moden. Kerja sosial pada masa kini terdapat dalam pelbagai agensi dan setting. Antaranya adalah psikiatrik, perubatan, kaunseling perkahwinan dan keluarga, sekolah, pusat pemulihan dan rehabilitasi, tempat kerja, penyalahgunaan dadah, dan juga kebajikan kanak-kanak.

Bidang kerja sosial menjadi semakin penting kerana beribu-ribu orang-orang bermanfaat dari perkhidmatan-perkhidmatannya dan mereka memberitahu rakan-rakan mereka yang mempunyai masalah tentang nilai-nilai dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan. Pertolongan yang dihulurkan bukan sahaja dari segi peribadi dan masalah keluarga tetapi juga dengan masalah kejiranan, komuniti, negara malah masalah antarabangsa.

Bukti terkini menunjukkan kerja sosial akan terus berada disini dan pada masa akan datang ia akan terus berkembang dan memperluaskan perkhidmatan-perkhidmatannya, membantu lebih ramai manusia dengan masalah peribadi, keluarga dan pelbagai lagi masalah-masalah masyarakat, terutama bagi memenuhi kefungsian soial.

0 social worker (s):