Wednesday, August 19, 2009

social welfare and the exceptional group (cont.)

Orang Kurang Upaya

Masyarakat sering meminggirkan OKU kerana mereka dianggap menyusahkan dan tidak produktif berbanding manusia normal. OKU seperti mana juga warganegara Malaysia yang lain sepatutnya dijamain hak-hak dan peluang yang sama dengan warganegara normal yang lain seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Seperti kanak-kanak diatas ini sedang melalui hari-hari terakhirnya kerana tiada penjagaan perubatan yang dapat diberikan kepadanya

Bilangan OKU semakin bertambah dari hari ke hari, ada yang memang dilahirkan cacat dan ada juga yang menjadi cacat akibat kemalangan. Bilangan OKU yang besar sehingga mencecah 2 juta orang sepatutnya bukan sahaja mempunyai senator OKU malah layak mempunyai Menteri Besar OKU. OKU juga layak mempunyai menteri OKU dan menubuhkan satu bandaraya OKU yang memenuhi prasarana yang diperlukan OKU.


PENDERAAN


(Nirmala Bonat)

Kita sering mendengar kisah pembantu rumah yang didera majikannya. sikap majikan yang terlalu garang serta pembantu rumah yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan mereka, boleh mewujudkan ketegangan sehingga majikan cenderung mendera pekerja mereka itu. faktor dalaman iaitu masalah psikologi majikan itu sendiri yang mungkin pernah menjadi mangsa dera juga boleh menggalakkan mereka mendera pembantu rumah.



Kanak-kanak juga sering didera oleh ibubapanya.terdapat beberapa jenis penderaan terhadap kanak-kanak antaranya penderaan seksual, penderaan fizikal dan penderaan mental kanak-kanak. Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak. Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-kanak.





social welfare and the exceptional group

KEMISKINAN

Masalah kemiskinan walaupun merupakan fenomena luar bandar, namun ia masih wujud di kawasan bandar. Walaupun peratusan kemiskinannya lebih rendah berbanding dengan peratus kemiskinan di kawasan luar bandar, yang pasti kesan kemiskinan lebih terasa oleh penduduk miskin bandar.




Hakikatnya ia bukan satu isu yang baru kerana kemiskinan di bandar sudah menjadi seakan satu polemik dan dilema khususnya dikalangan masyarakat Bumiputera yang mendiami rumah-rumah pangsa/flat dan kawasan setinggan

Satu garis panduan baru dan takrif kemiskinan perlu didefinisikan semula termasuk mengambilkira pendapatan isi rumah di kawasan bandar dan luar bandar dengan taraf sosioekonomi mereka.



PENAGIHAN DADAH