Bilangan OKU semakin bertambah dari hari ke hari, ada yang memang dilahirkan cacat dan ada juga yang menjadi cacat akibat kemalangan. Bilangan OKU yang besar sehingga mencecah 2 juta orang sepatutnya bukan sahaja mempunyai senator OKU malah layak mempunyai Menteri Besar OKU. OKU juga layak mempunyai menteri OKU dan menubuhkan satu bandaraya OKU yang memenuhi prasarana yang diperlukan OKU.
PENDERAAN
Kita sering mendengar kisah pembantu rumah yang didera majikannya. sikap majikan yang terlalu garang serta pembantu rumah yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan mereka, boleh mewujudkan ketegangan sehingga majikan cenderung mendera pekerja mereka itu. faktor dalaman iaitu masalah psikologi majikan itu sendiri yang mungkin pernah menjadi mangsa dera juga boleh menggalakkan mereka mendera pembantu rumah.
Kanak-kanak juga sering didera oleh ibubapanya.terdapat beberapa jenis penderaan terhadap kanak-kanak antaranya penderaan seksual, penderaan fizikal dan penderaan mental kanak-kanak. Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak. Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-kanak.
0 social worker (s):
Post a Comment