Sunday, March 7, 2010

French Croissant

do you like french croissant?i love 'em. so much that i could eat them everyday. i always want to try making my own home-made croissant. then i found this recipe in my dad's cooking book in the section 'Bread'. if it's croissant recipes, it always almost the same be it from online or in books. but i find this recipe interesting. it makes the croissant crispy and flaky.




FLAKY FRENCH CROISSANT



  • 1 1/2 cup butter or margarine, softened

  • 1/4 cup unsifted all purpose flour

  • 3/4 cup milk

  • 2 tablespoons sugar

  • 1 teaspoon salt

  • 1/2 cup very warm water (105-115F)

  • 2 packages active dry yeast

  • 3 cups unsifted all purpose flour

  • 1 egg yolk

  • 1 tablespoon milk


  1. beat up butter and flour with spoon until smooth. spread it on a piece of waxed paper in a 12x6 inches rectangle and refrigerate.

  2. add sugar and salt to the milk. Heat and stir until dissolve. leave it to lukewarm.

  3. stir in yeast until dissolve and put flour in milk slowly and stir until smooth. then knead it. cover in wrung-dry cloth and let it rise for 1 hour. then refrigerate for 1/2 hour.

  4. on lightly floured board, roll into 14x14 rectangle, place butter mixture that we made earlier on one half of dough. fold the other half over butter and seal edges. with the sealed edges on right hand side, roll from centre to make 20x8 inches square.

  5. fold dough in thirds, making it 3 layers, wrap and chill for an hour.

  6. with edges at left, roll out into 20x8 inches, fold and chill for 1/2 hour. Repeat the process.Chill overnight.

  7. roll, fold and chill for 1/2 hour again. do this twice. then do it again and chill for 1 hour.

  8. roll out dough and cut into 4 parts. each part is rolled into 12 inch circle and cut it into 6 wedges.

  9. roll each square from the wide end. form the edges to make crescent shape and place on baking sheet

  10. cover and let it rise for 1 hour. heat oven to 425F. brush croissant with yolk beaten with milk and bake for 5 minutes. reduce oven to 375F and bake 10 minutes more until puffed and brown. best served warm.

Wednesday, October 21, 2009

ISU DAN CABARAN KERJA SOSIAL MASA KINI


Kerja sosial telah muncul sebagai salah satu profesion yang penting dalam dunia moden. Kerja sosial pada masa kini terdapat dalam pelbagai agensi dan setting. Antaranya adalah psikiatrik, perubatan, kaunseling perkahwinan dan keluarga, sekolah, pusat pemulihan dan rehabilitasi, tempat kerja, penyalahgunaan dadah, dan juga kebajikan kanak-kanak.

Bidang kerja sosial menjadi semakin penting kerana beribu-ribu orang-orang bermanfaat dari perkhidmatan-perkhidmatannya dan mereka memberitahu rakan-rakan mereka yang mempunyai masalah tentang nilai-nilai dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan. Pertolongan yang dihulurkan bukan sahaja dari segi peribadi dan masalah keluarga tetapi juga dengan masalah kejiranan, komuniti, negara malah masalah antarabangsa.

Bukti terkini menunjukkan kerja sosial akan terus berada disini dan pada masa akan datang ia akan terus berkembang dan memperluaskan perkhidmatan-perkhidmatannya, membantu lebih ramai manusia dengan masalah peribadi, keluarga dan pelbagai lagi masalah-masalah masyarakat, terutama bagi memenuhi kefungsian soial.

statistik kemiskinan

Kemiskinan biasanya ditakrifkan secara relatif mengikut keadaan masyarakat di sesebuah negara. Dua konsep kemiskinan yang biasa digunakan adalah kemiskinan mutlak yang merupakan konsep dinamik dan kemiskinan relatif yang merupakan konsep ketidaksamaan pendapatan. Pengukuran yang kerap digunakan bagi mengukur kemiskinan mutlak adalah kadar kemiskinan yang merupakan peratus penduduk atau isirumah yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan. Terdapat beberapa masalah berkaitan kemiskinan antaranya ialah masalah perpindahan mangsa banjir. Hingga ke hari ini mangsa banjir masih lagi melibatkan 95 peratus orang Melayu. Masalah ini berterusan sejak 30 tahun dulu lagi. Kenapa Melayu yang kena pindah? Sebabnya, bangsa lain duduk di tempat yang lebih baik dan tinggi. Berbalik semula kepada masalah kemiskinan

Kemiskinan Mutlak

Ditakrifkan sebagai satu keadaan di mana pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk membeli keperluan minimum sesebuah isirumah yang diukur berdasarkan tahap perbelanjaan minimum atau pendapatan garis kemiskinan (PGK).

Kemiskinan Relatif

Ditakrifkan sebagai ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan. Ianya diukur dengan menggunakan nisbah perbezaan pendapatan kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan penghuni bandar dan luar bandar.
Satu lagi pengukur kemiskinan relatif yang sering digunakan adalah peratus isirumah dengan pendapatan misalnya kurang daripada separuh pendapatan penengah atau purata.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) - PGK ditakrifkan sebagai pendapatan yang hanya mencukupi untuk membeli keperluan minimum sekumpulan barangan makanan untuk mengekalkan ahli-ahli isirumah dalam keadaan zat pemakanan yang baik dan keperluan asas yang lain seperti pakaian dan kasut, sewa rumah, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi. PGK dikemaskini setiap tahun berdasarkan Indeks Harga Pengguna.


Kawasan

Miskin

Miskin Tegar

Isi Rumah
(RM)

Per Kapita (RM)

Isi Rumah (RM)

Per Kapita
(RM)

Semenanjung

660

150

400

90

Sabah

900

170

500

100

Sarawak

770

170

450

100

Golongan Miskin Tegar - Berdasarkan Metodologi 2005, sesebuah isi rumah dianggap miskin tegar sekiranya pendapatan kasar bulanan kasar isi rumah tersebut kurang daripada PGK makanan. Kadar Kemiskinan dan Kemiskinan Tegar, Malaysia 1970-2004 adalah seperti berikut

Tahun

1970

1990

1997

1999

2004

Kadar Kemiskinan

49.3%

16.5%

6.1%

7.5%

4.3%

Bandar

22.3%

7.1%

2.1%

3.4%

1.6%

Luar Bandar

60.0%

21.1%

10.9%

12.4%

9.6%

Kadar Kemiskinan Tegar

-

3.9%

1.4%

1.4%

0.7%

Bandar

-

1.3%

0.4%

0.5%

0.2%

Luar Bandar

-

5.2%

2.5%

2.4%

1.5%

Kadar Kemiskinan, Kemiskinan Tegar x Kumpulan Etnik, 2004


Butiran

Bumiputera

Cina

India

Total

Kemiskinan Tegar

1.9%

0.1%

0.3%

0.7%

Bandar

0.7%

neg¹

0.2%

0.2%

Luar Bandar

3.3%

0.3%

0.5%

1.5%

Kemiskinan

8.3%

0.6%

2.9%

4.3%

Bandar

4.1%

0.4%

2.4%

1.6%

Luar Bandar

13.4%

0.3%

5.4%

9.6%

Sumber : Majlis Taklimat Pemantapan Jentera Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan Selangor 13 Dis 2007.

Tuesday, October 20, 2009

mengapa manusia bermasalah???

Sudah lumrah hidup manusia itu tidak dapat lari dari masalah. Dimana sahaj kita pergi, apa sahaja yang kita lakukan, kita tetap menghadapi dugaan dan cabaran yang jika tidak ditangani dengan baik akan menjadikan ia sebagai masalah. Jika dilihat dari aspek sosialisasi, manusia sering bermasalah disebabkan tekanan yang diperolehi dari persekitaran. Persekitaran pula melibatkan persekitaran mikro, meso dan makro. Persekitaran yang paling kecil dan paling rapat dengan kita adalah keluarga. Keluarga adalah unit asas di dalam masyarakat. Keluarga adalah tenaga yang sentiasa bergetar melingkari masyarakat dan negara. Semakin kuat getaran, semakin bertenaga masyarakat dan negara. Kekuatan getaran akan pudar jika terdapat gangguan yang menghalang fungsi dan peranan getaran tersebut. Keluarga, diakui sangat penting dalam membentuk peribadi dan watak seorang manusia memberi kesegaran dan ruang untuknya melihat kehidupan.
Keluarga akan maju dengan pendidikan, keluarga akan musnah dengan kejahilan. Keluarga akan sejahtera dengan cukup perbelanjaan, keluarga akan porak-peranda dengan beban kemiskinan. Dengan ini ia adalah satu bentuk masalah yang melanda individu jika keperluan keluarga tidak dapat dipenuhi. Dengan masalah yang dihadapi akibat kekurangan pendidikan, kewangan, provokasi dari media dan persekitaran menyebabkan pelbagai masalah sosial terjadi. Masalah sosial boleh disumbatkan dalam satu bakul yang saiznya sangat fleksibel. Sebut sahaja apa masalahnya, semuanya boleh dibakulkan. Delikuensi remaja, penagihan dadah, jenayah, gengsterisme, ponteng sekolah, merokok, seks bebas, bohsia, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, buli, rogol, menghidu gam, sumbang mahram, lepak, bertumbuk, melanggar undang-undang jalan raya, malas dan leka dengan hiburan, senarai ini akan berterusan hingga entah sampai bila kesudahannya.
Kitaran masalah akan membiakkan masalah yang lebih besar dan sentiasa bergelora seperti ombak yang menghempas ke pantai tanpa pernah berhenti. Hanya satu cara yang dapat mengurang dan menghapuskan gangguan ombak yang boleh saja mengikis gigi pantai. Manusia, sama seperti pantai yang sentiasa resah, memerlukan penyelesaian yang meyakinkan. Pengamatan secara terperinci memperlihatkan trend penyelesaian masalah sosial di Malaysia lebih banyak digerakkan oleh kuasa politik dan ideologi. Pertembungan keduanya sentiasa menjadi perdebatan bagi menentukan hala tuju isu

Wednesday, August 19, 2009

social welfare and the exceptional group (cont.)

Orang Kurang Upaya

Masyarakat sering meminggirkan OKU kerana mereka dianggap menyusahkan dan tidak produktif berbanding manusia normal. OKU seperti mana juga warganegara Malaysia yang lain sepatutnya dijamain hak-hak dan peluang yang sama dengan warganegara normal yang lain seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Seperti kanak-kanak diatas ini sedang melalui hari-hari terakhirnya kerana tiada penjagaan perubatan yang dapat diberikan kepadanya

Bilangan OKU semakin bertambah dari hari ke hari, ada yang memang dilahirkan cacat dan ada juga yang menjadi cacat akibat kemalangan. Bilangan OKU yang besar sehingga mencecah 2 juta orang sepatutnya bukan sahaja mempunyai senator OKU malah layak mempunyai Menteri Besar OKU. OKU juga layak mempunyai menteri OKU dan menubuhkan satu bandaraya OKU yang memenuhi prasarana yang diperlukan OKU.


PENDERAAN


(Nirmala Bonat)

Kita sering mendengar kisah pembantu rumah yang didera majikannya. sikap majikan yang terlalu garang serta pembantu rumah yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan mereka, boleh mewujudkan ketegangan sehingga majikan cenderung mendera pekerja mereka itu. faktor dalaman iaitu masalah psikologi majikan itu sendiri yang mungkin pernah menjadi mangsa dera juga boleh menggalakkan mereka mendera pembantu rumah.



Kanak-kanak juga sering didera oleh ibubapanya.terdapat beberapa jenis penderaan terhadap kanak-kanak antaranya penderaan seksual, penderaan fizikal dan penderaan mental kanak-kanak. Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak. Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-kanak.